Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Jiwa yang tenang...

Tiba-tiba mata ku terbuka….jam menunujukkan pukul 2 pagi….mata rasa tak mengantuk…Cuma rasa berat sangat sebab menaggis mengenangkan nasib diri. Ya Allah…apa dosaku ya Allah…kenapa kau berikan dugaan yang tak mampu ku tanggung ya Allah…..Aku belum bersedia ya Allah….

Air mata ku mengalir lagi….di mana anakku saat ini…adakah dia tidur dengan lena…tidakkah dia menangis mencari aku pada saat ini….hati ku bertambah hiba mengingatkan nya…. Adakah ini semua salahku…Siapakah puncanya…Kerana sedikit kesalahan, aku terseksa begini. Aku dipisahkan dari anakku…

Abang…kenapa abang pergi terlalu awal…tidak sempat kita membesarkan anak kita bersama…ibu abang telah mengambil anak kita abang…hanya disebabkan wani disahkan positif aids. Kenapalah kita tidak pergi bersama abang… Aku menangis mengingatkan arwah suamiku yang telah pergi ke rahmahtullah 6 bulan yang lalu semasa kemalangan. Nasibku dan Hadi pada masa itu terselamat.

Tetapi semenjak itulah hatiku selalu menangis. Aku disahkan mengidap aids setelah di tambah darah pada waktu pembedahan. Aku difahamkan pihak hospital tidak sempat menguji darah orang yang menderma darahnya pada masa itu kerana keadaan ku yang sangat kritikal.

Aku bersyukur bila dapat melihat dunia lagi…tetapi apakah gunanya jika aku kehilangan orang-orang yang ku sayang… Walau berjuta wang diberikan adakah akan dapat mengubat penyakitku ini?

Tiba-tiba aku mendengar suara kalimah yang amat menenangkan hatiku.. tanpa ku sedari jam sudah menunjukkan 4.35 minit pagi. Waktu subuh sudah masuk. Aku melihat telekung yang di beri oleh Emma sahabatku yang tidak pernah putus asa memberikan aku semangat untuk terus hidup. Aku membersihkan diriku dan mengambil wuduk.

Buat pertama kalinya selepas disahkan mengidap aids aku melakukan solat yang telah lama ku tinggalkan… jiwaku merasa tenang… hibanya rasa diri bila mengenangkan pergi meninggalkan Tuhanku ketika ditimpa masalah…sedangkan aku sepatutnya lebih dekat kepadaNya…tidak putus aku berdoa memohon keampunan dariNya…. Ampunkan dosaku ya Allah...ampunkan dosaku ya Allah….ampunkan dosaku ya Allah….ampunkan dosaku….

Hatiku merasa lega…rasa redha dengan ketentuanNya…. Semoga Allah mengampunkan semua dosa-dosaku yang lalu… aku sentiasa berdoa semoga ibu mentuaku memberi kesempatan kepadaku untuk bertemu dengan anakku Hadi di saat-saat terakhirku..…. semua yang dia lakukan adalah untuk kebaikan anakku…dan aku yakin setiap yang berlaku di dunia ini ada hikmahnya…semoga di saat-saat terakhirku….Allah memberi keberkatan kepada ku ….YAKINLAH….. dengan mendekatkan diri kepada ALLAH…jiwa kita akan sentiasa merasa ketenangan… walau ditimpah setinggi gunung KInabalu…

Suami Vs Isteri

Belanja kawan lebih daripada belanja isteri dan anak?

Pernah dengar ke orang cakap macam ni? Pada mulanya…saya memang tak setuju juga…sebab tak semua lelaki macam tu di dunia ni…tapi bila fikir dan perhatikan….memang perkara ini terjadi.

Apa tidaknya… seorang kawan tu pernah mengadu dengan saya…bahawa dia dengan suaminya tak pernah keluar bersama….pergi shopping ker? Ni mungkinlah terjadi…sebab memang kebanyakkan lelaki tak suka pergi shopping…. Tapi apa pula ceritanya dalam bab beli barang rumah? Takkan setiap bulan, isteri pergi seorang-seorang? Patut ke? Kalau suami beri duit belanja..ok jugalah sikit…tapi kalau guna duit isteri juga…apa kes…tu dah namanya mengabaikan tanggungjawab tu….

Bila isteri bawa makan kat luar….Suami kata “tak payahlah makan kat luar….makanan bukannya sedap pun…lagipun, mesti anak buat perangai nanti” dah nama pun anak-anak…mestilah banyak ragam kan….jadi sampai bila dapat makan bersama….tunggu anak-anak besar…huhuhu…suami…..suami…TAPIIIIII…bila kawan telefon…bawa keluar…cepat je dia pergi jalan…bila di tanya pergi mana? selamba je dia jawab….. temankan kawan pergi beli barang kereta sekejap…. Pergi minum dengan kawan sekejap…pergi temankan kawan makan sekejap… aik…ada pula masa si suamikan???????? Pergi makan,…pergi minum…takkan setiap hari kawan yang belanja kan….mesti sekali sekala dia pun keluarkan duit juga kan??????????ermmmmm…suami…suami….astagfirullah alazim… tak baik cite tentang perkara yang memalukan suamikan…tapi kalo dah rasa tertekan sangat… baik cite…daripada jadi gila…. J

Di pejabat rajin giler…..di rumah?????

Ni citer bab isteri pula…. Ada seorang kawan ni….memang rajin giler…semua kerja dia kat pejabat PERFECT… dapat anugerah cemerlang… kadang-kadang keje kawan pun dia tolong siapkan….TAPI….DI RUMAH… lain pula citenya.....

Rumah tak bersapu….baju tak bercuci…asyik hantar kat dobi sajalah…masak tuk suami pun malas….Bak kat orang…MACAM TAK PERCAYALAH…NI RUMAH DIA….Apa ni kak oiiiiiiii….. di pejabat punya lah rajin…dah terbalik agaknya pepatah ni bagi dia…”PEJABATKU SYURGAKU, RUMAHKU……????????” Masyaallah… kenapa jadi macam ni kak oiiii…bang oiii….

Mana perginya tanggungjawab yang Allah dah amanahkan pada suami ???? pada isteri???? Tanggungjawab suami ialah menjaga, mendidik, menyediakan tempat tinggal, memberi nafkah, memberi perlindungan kepada keluarga dan sebagainya…Tanggungjawab isteri pula menjaga rumah, memberi bimbingan kepada anak, menjaga makan minum suami dan anak, menjaga nama baik suami, menjaga maruah suami dan banyak lagi…. Jika di senaraikan mengenai tanggungjawab suami dan isteri terdapat banyak lagi….tetapi apakah tanggungjawab yang disenaraikan di sini sudah kita laksanakan???? Suami??? Isteri ??? kenapa kawan mesti diutamakan, sedangkan dia bukanlah tanggungjawab kita…. Kenapa mesti bertungkus lumus di pejabat sedangkan rumah adalah syurga dunia kita? Fikir-fikirkanlah wahai manusia yang bergelar SUAMI dan ISTERI.

IKHLASKAH Kita….

( Ambillah…saya ikhlas ni….) ( saya tolong awak ni ikhlas…tak payah beri apa-apa ) kata –kata ini sering kita dengar dalam kehidupan seharian… tetapi adakah setiap yang kita lakukan itu dengan hati yang ikhlas?

“Hadi, tolong taip surat ini, saya perlukan surat ini 30 minit dari sekarang!” kata Encik Ramli kepada pekerjanya. Alamak…dahlah saya belum fotostat minit mesyuarat ini…di arahkannya lagi menaip surat ini… lantaklah… ok ke tidak surat yang saya taip ni…yang penting semuanya siap…kata Hadi di dalam hati….

Fauzie, Irwan, Hiksan…. Buatlah kerja yang cikgu beri ni… Ini tidak…dahlah kerja tak buat, kacau kawan pula yang nak belajar… bagus tak payah datang ke sekolah… habiskan duit emak bapa saja… marah cikgu Asmah kepada anak muridnya sehingga terdetik dalam hati..( lantak koranglah….yang penting gaji dapat setiap bulan )

Hello…awak kena tahan kat wad mana? Saya dah kat hospital ni…Owh..iye ke…awak dah keluar wad…ok tak palah….ingat awak masih kat wad tadi…..oklah, bye…jaga diri…assalamualaikum…Ifa memadamkan telefon bimbitnya….huh…penatnya….susah-susah datang sini tadi...dahlah trafik jem…..kenapalah saya tak telefon dia tadi sebelum datang….. ( Ifa mengeluh lagi )

Ikhlas kah kita dalam membuat kerja yang di amanahkan kepada kita? Atau kita membuat pekerjaaan itu hanya disebabkan tugas? patuh kepada arahan bos? Supaya kita di lihat seorang yang bertanggungjawab? seorang yang patuh? Supaya kita mudah dinaikkan pangkat? Di manakah keikhlasan kita dalam melakukan sesuatu di dunia ni….

TANDA-TANDA IKHLAS SEORANG HAMBA

1. Tidak mencari populariti dan tidak menonjolkan diri

2. Tidak mengharapkan pujian

3. Tidak mengharap balasan.

4. Tidak mudah kecewa

5. Tidak membezakan amalan yang besar dengan amalan yang kecil.

6. Redha dengan setiap yang berlaku

7. Ringgan melakukan ibadah

8. Tidak mementingkan diri sendiri

9. Melakukan sesuatu kerana Allah Taala

Adakah tanda-tanda keikhlasan ini terdapat dalam diri kita.... Renungkanlah.... Fikir-fikirkan lah.. Seorang hamba Allah yang ikhlas yakin bahawa apa yang diniatkan sama ada terjadi atau tidak yang dia niatkan semuanya pasti telah dilihat dan dinilai oleh Allah SWT. Seorang hamba yang ikhlas sedar bahawa manusia hanya memiliki kewajiban menyempurnakan niat dan berikhtiar. Perkara apa yang terjadi itu adalah urusan Allah. Kita hendaklah sentiasa redha dengan apa juga yang berlaku. Kerana setiap yang berlaku itu, tentu ada hikmah di sebaliknya yang Allah tentukan.....




Islam ialah sebuah cara dan kaedah hidup yang boleh dan akan diterima oleh semua lapisan masyarakat , tanpa perbezaan bangsa , bahasa dan negara. Asas ajaran Islam sangat-sangat mudah ia itu “Lailaha Illallah , Muhammadar Rasullullah”, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad Itu pesuruh Allah. Islam ialah asal dan asas kehidupan setiap orang manusia. Untuk mengenali agama Islam , kita hanya perlu mengenal siapa diri kita dan untuk apakah kehidupan ini . Ramai manusia termasuk orang yang beragama Islam sendiri tidak dapat menerima Islam dengan sepenuh hati mereka kerana mereka tidak mengenal dengan Islam.

 
© 2012. Design by Main-Blogger - Blogger Template and Blogging Stuff